Soalan Lazim

 

Bilakah AKUATROP mula ditubuhkan?
-AKUATROP merupakan salah satu daripada 5 institut penyelidikan di UMT dan mula beroperasi secara rasmi pada 3 Oktober 2004

Di manakah lokasi AKUATROP?
AKUATROP terletak di pintu belakang Universiti Malaysia Terengganu, yang terletak secara strategik di pantai Tok Jembal, Gong Badak dan 25 km Kuala Terengganu dan 3 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Apakah matlamat penubuhan AKUATROP ?
-Meningkatkan pembangunan industri akuakultur dengan meningkatkan pengeluaran ikan, udang dan spesies lain yang penting melalui penyelidikan dan pembangunan (R & D).

Bahasa pengantar utama yang digunakan di AKUATROP?
-Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.