بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

 

Tahun 2017 merupakan antara tahun yang cemerlang bagi Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP) dengan pelbagai pencapaian dan kejayaan. Ia merupakan tahun yang hebat dimana AKUATROP sekali lagi, mencapai dan memenuhi matlamat dan menyumbang kepada pembangunan Akuakultur negara.

Melalui Bengkel Antarabangsa dan aktivit yang diadakan pada 2017, AKUATROP mula untuk menguatkan peranannya sebagai pusat rujukan serantau didalam bidang akuakultur, terutamanya akuakultur krustasea.

Apabila Institut ini dibina, salah satu daripada fungsi AKUATROP ialah untuk memberi impak kepada kehidupan petani-akua dan industri akuakultur. Kami percaya kami sudah memainkan peranan yang baik dengan menganjurkan dan menyusun pelbagai aktiviti. Sepanjang tahun, enam (6) program khidmat masyarakat dan program penukaran pandangan dan pengetahuan sudah berjaya dilaksanakan. Program khidmat masyarakat ini sudah menjalinkan hubungan positif dengan masyarakat setempat. Skuad forensik akuakultur (FORAS) juga ditubuhkan pada 2017 secara spesifik untuk menolong petani-akua serantau untuk menguruskan masalah kesihatan ikan dan memastikan pengurusan kesihatan akuakultur yang baik. Skuad ini berjaya ditubuhkan oleh Naib Canselor, Professor Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar pada Jun 2015.

2015 juga menunjukkan ciri-ciri tahun yang berjaya apabila AKUATROP menubuhkan galeri akuakultur (AKUATROP Aquaculture Gallery). Penubuhan galeri ini hanya sebahagian daripada rancangan AKUATROP sebagai pusat lawatan sambil belajar berdasarkan akuakultur. Semua maklumat yang berkaitan tentang akuakultur boleh didpati daripada galeri ini. Sehingga kini, lebih 3,000 pelawat sudahpun melawat galeri ini, daripada semua lapisan masyarakat (terutamanya kanak-kanak sekolah). Secara tidak lansung, ia membuka peluang kepada AKUATROP untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat awam didalam bidang sains dan teknologi akuakultur.

Didalam kesemua aktiviti yang dianjurkan, yang paling penting ialah pertambahan agensi yang berkerjasama dan orang-orang penting didalam akuakultur industri. Kerjasama dengan industri amat penting kepada AKUATROP untuk pelaksanaan yang berkesan dengan peranan dan fungsi didalam industri akuakultur, terutamanya dalam mencapai objektif dan memberikan impak kepada tiga program penyelidikan iaitu Sekuriti Pemakanan, Pemberdayaan Industri dan Kelestarian Sumber dimana ia dirancang pada 2013.

Banyak kejayaan dan pencapaian pada 2017 dijangka untuk memotivasikan seluruh staf dan warga AKUATROP untuk melakar lebih banyak dan kejayaan yang lebih hebat pada masa hadapan, terutamanya dalam mencapai status Pusat Rujukan Akuakultur dan Kecemerlangan Perkhidmatan (ARASE).

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh kumpulan AKUATROP diatas pencapaian cemerlang pada tahun 2017. Terima Kasih

 

Prof. Dr. Abol Munafi bin Ambok Bolong

Pengarah

Institut Akuakultur Tropika