JEMPUTAN UNTUK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DAN PRAKTIKAL DI AKUATROP

 

Institut Akuakultur Tropika menawarkan Program Latihan Industri dan Praktikal untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi tempatan dan luar negara. Latihan ini akan mendedahkan pelajar tentang bidang di AKUATROP yang terdiri daripada:

  • Pembiakan Ikan (Fish Breeding).
  • Kultur Invertebrata (Invertebrate Culture).
  • Pembiakan Ikan Hiasan (Ornamental Fish Breeding).
  • Genetik Ikan (Fish Genetic).
  • Kualiti Air (Water Quality).

Pada tahun 2015, AKUATROP menerima lebih daripada 28 orang pelajar praktikal dan 3 pelajar praktikal dari Perancis dan Jerman. Pada tahun 2014, AKUATROP menerima 7 pelajar praktikal dan 2 pelajar praktikal daripada Jerman dan Perancis antara Program Diploma dan Degree dengan tempoh masa dari 2 minggu hingga 6 bulan.

Pelajar Praktikal akan diletakkan di Seksyen Pentadbiran dan Kewangan AKUATROP, Hatcheri AKUATROP  dan Makmal AKUATROP  bergantung pada bidang akademik pelajar.

Para pelajar boleh memohon dengan menghantar surat permohonan kepada Direktor / Pendaftar AKUATROP kepada :-

warga_group@akuatrop.umt.edu.my

www.akuatrop.umt.edu.my

Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP)